MURRAY menarik diri daripada menyertai Wimbledon. FOTO AFP
MURRAY menarik diri daripada menyertai Wimbledon. FOTO AFP
Reuters

London: Juara dua kali Andy Murray akan terlepas saingan Wimbledon selepas menjalani pembedahan belakang, selepas ATP mengumumkannya sebentar tadi.

"Selepas pembedahan ke atas ketumbuhan tulang belakang, Andy Murray malangnya menarik diri dari Wimbledon," kata ATP di platform media sosial X.

"Berehat dan cepat pulih Andy, kami akan rindu untuk berjumpa anda di sana."

Selepas kemenangan ke atas Alexei Popyrin dalam pertandingan perseorangan peringkat jelajah yang ke-1,000, Murray menarik diri akibat kecederaan ketika ketinggalan 1-4 pada set pertama perlawanan pusingan kedua dengan Jordan Thompson.

Isu yang berterusan itu diburukkan lagi dengan penyertaan Murray dalam Terbuka Perancis dan menyebabkan bekas pemain nombor satu dunia itu melupakan Wimbledon di mana dia memenangi dua daripada tiga gelaran Grand Slam.

Murray, 37, memberi nafas baharu dalam kerjayanya selepas menjalani pembedahan pembentukan semula pinggul pada 2019 tetapi bergelut untuk mara ke peringkat akhir kejohanan teratas dan baru-baru ini terpaksa berdepan kecederaan buku lali yang dialami pada Terbuka Miami pada Mac lalu.

Pemenang pingat emas Sukan Olimpik berganda Scotland itu sebelum ini berkata bahawa dia tidak mungkin terus bermain musim depan dan ia akan menjadi penamat yang sesuai untuk karier cemerlangnya jika dia beraksi di Kelab All England atau Sukan Olimpik Paris.

Wimbledon berlangsung dari 1 hingga 14 Julai manakala pertandingan tenis di Sukan Olimpik akan bermula pada 27 Julai.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Jun 2024 @ 9:37 PM