HASHIMOTO yakin berada pada prestasi terbaik menjelang Olimpik Paris 2024. FOTO AFP
HASHIMOTO yakin berada pada prestasi terbaik menjelang Olimpik Paris 2024. FOTO AFP
AFP

Tokyo: Juara gimnastik all around Olimpik Jepun, Daiki Hashimoto berkata, dia percaya akan berada dalam keadaan terbaik untuk mempertahankan kejuaraannya di Paris selepas cedera jari bulan lalu.

Hashimoto, juga juara dunia dua kali, mengalami kerosakan ligamen di jari tengah tangan kanannya ketika berlatih untuk pertandingan terakhirnya sebelum temasya bulan depan.

Dia berkataz, di pangkalan latihan kebangsaan Jepun bahawa berasa 60 peratus cergas selepas menyambung semula latihan dua minggu lalu.

Atlet berusia 22 tahun itu yakin dia akan pulih sepenuhnya pada masanya untuk Sukan Olimpik Paris, di mana dia berharap dapat menandingi legenda gimnastik Jepun, Kohei Uchimura dengan memenangi kejuaraan untuk kali kedua.

"Saya rasa ia kelihatan bagus, tetapi jari saya masih belum pulih 100 peratus, jadi saya tidak boleh melepaskan diri," kata Hashimoto kepada pemberita selepas berlatih dengan rakan sepasukannya di Jepun.

"Selain itu, saya berasa sedikit keletihan selepas berlatih buat kali pertama selepas beberapa ketika.

"Mudah-mudahan saya dapat mengatasinya minggu depan dan kemudian mendapat latihan yang baik di kem pada minggu selepas itu, sebelum kami bertolak."

Hashimoto memenangi emas di Olimpik Tokyo yang ditangguhkan akibat pandemik pada 2021 mengatasi Xiao Ruoteng dari China dan Nikita Nagornyy dari Rusia.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Jun 2024 @ 8:58 PM