ALCARAZ tersingkir di kejohanan pemanas badan Wimbledon. FOTO AFP
ALCARAZ tersingkir di kejohanan pemanas badan Wimbledon. FOTO AFP
AFP

London: Juara Wimbledon, Carlos Alcaraz mengalami kekalahan mengejut kepada Jack Draper dari Britain dalam pusingan 16 terakhir kejohanan Queen's Club di London.

Alcaraz dari Sepanyol, juga juara bertahan kejohanan itu, tumbang 6-7 (3/7), 3-6 dengan pemain nombor satu Britain yang meraih kemenangan terbesar dalam kariernya.

Pemain nombor dua dunia Alcaraz tiba untuk acara pemanas badan di padang rumput bersempena Wimbledon selepas menjuarai Terbuka Perancis di atas gelanggang tanah liat Roland Garros.

Tetapi pemain berusia 21 tahun itu dikejutkan oleh Draper, 22, yang membida untuk menjadi juara perseorangan lelaki Britain pertama di Queen's sejak Andy Murray memenangi gelaran kelimanya pada 2016.

"Ia adalah perlawanan yang sangat sukar apabila menyedari Carlos adalah juara bertahan, dia memenangi Wimbledon, dia seorang bakat yang luar biasa," kata Draper di ranking ke-31, yang memenangi gelaran ATP pertamanya di Stuttgart minggu lalu.

"Saya tahu saya perlu keluar ke sini dan bermain dengan sangat baik, dan bernasib baik saya melakukannya."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Jun 2024 @ 1:14 AM