PASUKAN Sepak Takraw media nadi penting kepada peningkatan skuad Singapura. FOTO Ihsan Pasukan Sepak Takraw Media
PASUKAN Sepak Takraw media nadi penting kepada peningkatan skuad Singapura. FOTO Ihsan Pasukan Sepak Takraw Media

Kuala Lumpur: Pasukan Media turut turun memeriahkan penganjuran Sepak Takraw Piala Dunia Istaf 2024 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur dari 18 hingga 26 Mei lalu, dengan menjadi rakan sepelatih kepada Singapura, dua hari sebelum kejohanan berprestij itu.

Penghormatan besar bermain empat perlawanan persahabatan pemanas badan dengan pasukan antarabangsa itu juga mendapat kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk dilangsungkan di Dewan Serba Guna Kompleks Sukan Wanita UIAM, Gombak, Selangor.

Pasukan Media di bawah pengurusan wartawan, Abdul Hafiz Ahmad mencipta pencapaian luar dugaan dengan seri tiga daripada empat perlawanan regu berpasukan yang diselang-selikan dengan Singapura menentang UIAM Mustangs.

Ketua jurulatih Singapura, Salleh Nanang mengakui, perlawanan ini memberikan impak kepada kejayaan pasukannya yang mengejutkan Korea Selatan, lawan di ranking dunia lebih baik 10-15, 15-11, 15-12 untuk mara ke suku akhir acara antara regu Piala Dunia Istaf pada 19 Mei lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Mei 2024 @ 3:32 PM