DJOKOVIC meraih anugerah Atlet Sukan Terbaik Tahunan di Anugerah Laureus ke-25. FOTO AFP
DJOKOVIC meraih anugerah Atlet Sukan Terbaik Tahunan di Anugerah Laureus ke-25. FOTO AFP
Reuters

Paris: Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic sedang mempertimbangkan untuk meneruskan karier tanpa jurulatih selepas 20 tahun dalam sukan tenis profesional, kata pemain Serbia itu di Anugerah Laureus.

Pemenang gelaran Grand Slam sebanyak 24 kali itu menamatkan gandingan selama lima tahun dengan jurulatih Croatia, Goran Ivanisevic bulan lalu berikutan selepas tersingkir di pusingan ketiga di Indian Wells.

Dia sekarang ini dibantu bekas beregu nombor satu dunia, Nenad Zimonjic di Masters Monte-Carlo awal bulan ini, tetapi pemain berusia 36 tahun itu memikirkan sama ada untuk meneruskan kariernya bersendirian.

"Saya sedang mempertimbangkan sama ada saya patut atau tidak mempunyai jurulatih," kata Djokovic.

"Saya meluangkan masa yang sangat baik dengan Zimonjic... kami berbincang sama ada ingin meneruskan gandingan. Mari kita lihat, saya akan membuat keputusan dalam tempoh akan datang."

"Bukannya saya rasa saya tidak perlukan jurulatih langsung. Saya fikir sentiasa ada nilai untuk mempunyai pasukan berkualiti itu... tetapi saya fikir saya berada di peringkat karier di mana mungkin tidak mempunyai jurulatih juga satu pilihan."

Djokovic juga mengesahkan bahawa dia akan tidak akan beraksi di Terbuka Madrid.

"Saya sedang mempersiapkan diri untuk Roland Garros, Wimbledon, Sukan Olimpik dan Terbuka Amerika Syarikat. Itu aksi paling penting tahun ini bagi saya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 April 2024 @ 10:52 PM