RUUD bergambar bersama keluarga dan trofi yang dimenanginya. FOTO Reuters
RUUD bergambar bersama keluarga dan trofi yang dimenanginya. FOTO Reuters
AFP

Barcelona: Pemain nombor enam dunia, Casper Ruud menewaskan Stefanos Tsitsipas 7-5, 6-3 untuk memenangi Terbuka Barcelona.

Wakil Norway itu membalas dendam selepas tewas kepada pemain nombor tujuh dunia dari Greece itu dalam perlawanan akhir Masters Monte Carlo minggu lalu untuk merangkul trofi terbesar dalam kariernya.

Ruud, naib juara Grand Slam tiga kali, memenangi 10 kejuaraan tahap 250 dengan aksi gelanggang tanah liat di Barcelona menjadi kemenangan ke-11 dalam kariernya.

"Bagi saya ia amat bermakna, ini adalah gelaran terbesar yang pernah saya menangi dalam karier, ia sesuatu yang saya kejar sejak sekian lama," kata Ruud kepada Teledeporte.

"Saya tidak pernah memenangi kejohanan 500 sebelum ini atau 1000, saya pernah ke beberapa perlawanan akhir tetapi selalu tidak bernasib baik.

"Saya tidak bermula dengan hebat semasa perlawanan tetapi bernasib baik dapat kembali dan bermain dengan sangat baik pada penghujung set pertama dan kedua."

Pemain berusia 25 tahun itu mendahului jelajah dengan 29 kemenangan tahun ini tetapi tewas dalam tiga perlawanan akhir sebelum menamatkan gelaran pertamanya untuk 2024.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 April 2024 @ 1:01 AM