MUNYAO melintasi garisan penamat di Maraton London. FOTO AFP
MUNYAO melintasi garisan penamat di Maraton London. FOTO AFP

London: Alexander Mutiso Munyao menewaskan juara trek Olimpik tiga kali, Kenenisa Bekele untuk memenangi Maraton London hari ini.

Atlet Kenya berusia 27 tahun itu, mencatat masa 2 jam 4 minit 01 saat (s) manakala pelari Britain, Emile Cairess berada di tempat ketiga.

Perlumbaan itu didahului dengan tepukan gemuruh selama 30 saat untuk penghormatan kepada pemenang tahun lalu Kelvin Kiptum, yang terbunuh dalam kemalangan kereta Februari tahun ini.

Munyao memastikan satu lagi kemenangan Kenya tetapi hanya selepas diasak oleh Bekele yang berusia 41 tahun.

Warga Ethiopia itu, yang memenangi emas Olimpik dalam acara 5,000 meter (m) dan 10,000m, hampir meraih kemenangan di jalanan di ibu negara Britain buat kali pertama.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 April 2024 @ 8:46 PM