JULIA ketika masih bersama Ruiz. -FOTO Instagram
JULIA ketika masih bersama Ruiz. -FOTO Instagram
RUIZ (kiri) ketika beraksi menentang Anthony Joshua dalam perebutan gelaran juara dunia Heavyweight. -FOTO AFP
RUIZ (kiri) ketika beraksi menentang Anthony Joshua dalam perebutan gelaran juara dunia Heavyweight. -FOTO AFP
Agensi

Paris: Bekas juara tinju dunia, Andy Ruiz diberikan perintah sekatan berikutan dakwaan dia mengacukan senapang ke arah bekas isteri dan melakukan serangan seksual kepadanya.

Arahan itu dikeluarkan terhadap bekas juara heavyweight dunia awal bulan ini selepas Julia Lemus, 34, memohon perlindungan undang-undang.

Julia mendakwa Ruiz menyerangnya secara seksual, mendera dan bertindak ganas sepanjang hubungan mereka, lapor TMZ.

Dia juga mendakwa Ruiz mengacukan senapang AK-47 ke mukanya tahun lalu selepas dia berkata tidak suka Ruiz membeli senjata.

Julia dan Ruiz mula menjalin hubungan pada 2016, dengan petinju itu sering melakukan kekasaran terhadap pasangannya dan memaksa mengikut ke mana saja dia pergi.

Julia seterusnya mendakwa Ruiz seakan 'bergurau' dengan menumbuk lengan dan kakinya, sehingga lebam, mengikut laporan TMZ.

Ruiz mula menyerangnya secara seksual sebanyak enam kali tahun lalu.

Dia diberikan perintah sekatan sementara selepas dakwaan awal itu.

Ruiz menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu, memaksa mahkamah menentukan sama ada perintah sekatan kekal perlu dilaksanakan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 April 2024 @ 11:59 AM