ALCARAZ bergelut untuk kembali cergas sebelum Terbuka Perancis. FOTO AFP
ALCARAZ bergelut untuk kembali cergas sebelum Terbuka Perancis. FOTO AFP
AFP

Barcelona: Harapan Carlos Alcaraz untuk meraih kejuaraan Terbuka Barcelona ketiga berturut-turut musnah apabila dia menarik diri daripada kejohanan itu akibat kecederaan lengan kanan, umum penganjur.

Ia adalah kecederaan yang sama memaksa Alcaraz menarik diri daripada Master Monte Carlo minggu ini dan ia berlaku beberapa minggu lagi dari Terbuka Perancis.

"Walaupun sudah mencuba sehingga saat terakhir, dia tidak akan berada di Terbuka Barcelona," baca kenyataan penganjur.

Alcaraz akan meletakkan sasarannya pada Terbuka Madrid - ia berlangsung dari 24 April hingga 5 Mei - yang juga pernah dimenanginya sebanyak dua kali.

Pemain berusia 20 tahun itu masih belum pernah memenangi Terbuka Perancis selepas merangkul Terbuka Amerika Syarikat dan Wimbledon dengan pencapaian terbaik ialah separuh akhir tahun lalu.

Terbuka Perancis bermula pada 20 Mei depan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 April 2024 @ 8:25 PM