JAKE Paul. FOTO AP
JAKE Paul. FOTO AP
Agensi

London: Jake Paul membalas kritikan Conor McGregor terhadap pertarungannya dengan Mike Tyson.

YouTuber yang bertukar petinju itu akan berdepan ikon tinju kelas heavyweight, Tyson dalam pertembungan kontroversi pada 20 Julai depan di Texas.

Pada ketika berlangsungnya pertarungan itu, Tyson akan berusia 58 tahun dan mempunyai jurang umur 31 tahun berbanding Paul yang berusia 27 tahun.

Ia pantas mengundang kritikan McGregor tetapi Paul nyata enggan berdiam diri sebaliknya bersuara menerusi podcast miliknya.

"Jadi Conor, anda mengatakan minat terhadap pertarungan ini rendah, tetapi pertarungan terakhir anda menyaksikan terdapat hanya seribu artikel yang ditulis dalam tempoh beberapa hari kerana ia adalah perlawanan terakhir anda.

"Pada masa sama, dalam tempoh beberapa hari, terdapat sepuluh ribu artikel yang menulis pertarungan terbaru ini.

"Tiada pertarungan pernah mendapat tumpuan seperti ini sama ada secara bersemuka atau di media sosial Instagram.

"Tiada sebab untuk mereka berasa cemburu. Tapi saya dapati ada individu yang cemburu dan mengapa cuba menjatuhkan orang lain?," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mac 2024 @ 1:27 PM