Tadej Pogacar mendahului pesaing lain pada perlumbaan di Strade Bianche, tahun lalu. FOTO Agensi
Tadej Pogacar mendahului pesaing lain pada perlumbaan di Strade Bianche, tahun lalu. FOTO Agensi
AFP

Paris: Tadej Pogacar menegaskan dia hanya berlumba untuk menang apabila bakal memulakan kalendar jelajah berbasikal tahun ini di Strade Bianche, hujung minggu ini.

Jelasnya, dia yakin rakan pasukan dari UAE Team Emirates ketika ini berada pada tahap terbaik dan sedia menggegar saingan.

Pogacar yang pernah memenangi dua kali gelaran juara Tour de France akan menjadikan saingan di Strade Bianche sebagai pentas memanas badan.

"Kami melakukan persiapan yang baik sebagai satu pasukan dan meletakkan diri kami di kedudukan yang betul. Kami mampu mencipta sesuatu tahun ini," kata Pogacar.

"Ia akan menjadi musim yang panjang, termasuk dua jelajah besar (Tour de France dan Giro d'Italia). Ia musim yang baik untuk kami cipta sesuatu," katanya yang berazam merampas semula gelaran di dua jelajah terbesar daripada tangan pelumba Denmark, Jonas Vingegaard.

Ujarnya lagi, walaupun menyedari tahap persaingan yang semakin sengit daripada pencabar lain namun Pogacar percaya pasukannya berlumba hanya untuk menang.

"Kami sedar rintangan yang bakal dilalui musim ini tapi motivasi dan fokus kami hanya satu iaitu berlumba untuk menang sahaja," kata ketua pasukan UAE Team Emirates itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Februari 2024 @ 1:33 PM