Gabby Douglas. FOTO Agensi
Gabby Douglas. FOTO Agensi
Reuters

London: Pemenang tiga kali pingat emas Sukan Olimpik, Gabby Douglas bersedia kembali menghangatkan gelanggang gimnastik menjelang persiapan ke Sukan Olimpik Paris, Julai ini sekali gus memperkuatkan pasukan Amerika Syarikat.

Gabby yang memenagi acara individu all-around di temasya Olimpik 2012, berehat seketika daripada sukan gimnastik selepas disahkan dijangkiti Covid-19.

Katanya, dia sudah bebas sepenuhnya daripada masalah kesihatan itu dan sudah menjalani latihan sejak hujung tahun lalu.

"Saya sudah bebas daripada Covid-19 yang cukup menyeksakan," katanya di laman story Instagram miliknya.

"Terima kasih di atas segala ucapan dan kiriman doa anda. Kini saya kembali fokus dan memberi tumpuan untuk beraksi di Sukan Olimpik Paris," katanya.

Dia sebelum ini disahkan dijangkiti Covid-19 dan menyaksikan terlepas beberapa kejohanan utama.

Malah, Gabby juga masih belum berjaya melayakkan diri untuk diserapkan ke dalam skuad Olimpik Amerika dan berpeluang melakukannya di Kejuaraan US Klasik Mei ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Februari 2024 @ 1:15 PM