Patty
Patty
AFP

Pattaya: Pemain golf wanita berbakat Thailand Patty Tavatanakit mencipta sensasi apabila berjaya mencatatkan pukulan enam dibawah par di pusingan ketiga sekali gus mendahului saingan LPGA Thailand yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai USD 1.7 juta (RM8.12 juta).

Wakil dari Sweden Madelene Sagstrom pula berada di tempat kedua selepas mencatatkan tiga pukulan dengan 13 di bawah par dalam kejohanan yang berlangsung di Siam Country Club Pattaya.

Pesaing dari Korea Selatan Choi Hye-jin dan Kim Hyo-joo, serta Emily Kristine Pedersen dari Denmark berkongsi tempat ketiga.

Hye-jin dan Emily sama-sama mencatatkan 65 tujuh bawah par, termasuk tujuh birdie.

Ketika ini, Patty dalam momentum terbaik selepas memperoleh gelaran pertamanya sejak 2021 di Kejohanan Antarabangsa Wanita Aramco Saudi, minggu lalu,

"Saya sangat bangga dengan prestasi saya hari ini. Ia menjadi sangat penat, meletihkan dalam kepanasan.

"Saya hanya akan berseronok, tetap hadir, dan sangat sibuk untuk meningkatkan prestasi ke tahap optimum," kata Patty.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Februari 2024 @ 6:24 PM