BARISAN pemain skuasy lelaki negara yang beraksi di Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia. -FOTO SRAM
BARISAN pemain skuasy lelaki negara yang beraksi di Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia. -FOTO SRAM
Lydia Saiful


Kuala Lumpur: Walaupun skuad skuasy lelaki negara tidak berjaya mara ke suku akhir selepas kalah 0-2 kepada England hari ini, peluang mereka menamatkan saingan dalam kedudukan 12 terbaik masih terbuka di Kejohanan Skuasy Berpasukan Lelaki Dunia.

Jaguh skuasy lelaki negara perlu mengambil pengajaran daripada kesilapan dalam perlawanan hari ini supaya mereka dapat bersedia dengan lebih baik untuk perlawanan esok.

Addeen Idrakie Bakhtiar berkata, perlawanan menentang England tidaklah mudah namun sudah melakukan yang terbaik di dalam gelanggang ketika berdepan lawan yang jauh berpengalaman.

"Secara keseluruhan, saya kini lebih yakin untuk beraksi berbanding perlawanan pertama saya yang lalu dan juga pukulan saya sudah lebih baik. Namun, saya agak tergesa-gesa ketika hampir mencapai beberapa mata akhir menyebabkan saya kehilangan mata."

"Pemain muda seperti Ameeshan Chandran, Jeeva Sanjay, dan Zhafrie Hafiz, menghadapi lawan yang berada dalam kelompok 10 hingga 20 terbaik dunia.

"Tambahan juga, mereka sudah berjuang dengan sehabis tenaga dan saya harap perlawanan hari ini memberikan mereka pengajaran dan pengalaman yang berharga.

"Pemain yang menjadi wakil pertama untuk turun ke gelanggang sentiasa berdebar dan berdepan tekanan tinggi jadi saya dan semua pemain perlu belajar untuk mengawal emosi kami sewaktu permainan," katanya.

Dalam perlawanan hari ini, Ameeshenrai tewas di tangan Patrick Rooney 1-11, 3-11 dan 5-11.

Sementara itu, pemain senior negara, Addeen ditundukkan Mohamed Elshorbagy, 6-11, 4-11 dan 8-11.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Disember 2023 @ 2:26 PM