Ferzalfie Fauzi dan Firdaus Hashim dan Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Pemenang pengundi paling kreatif Anugerah Ikon Sukan (AIS) Harian Metro (HM) 2022, Maisara Subhatina Md Fuzi menganggap hadiah kenderaan pacuan empat roda Nissan Navara diterimanya, hari ini, adalah kenangan terindah dalam hidupnya.

Maisara, 21, yang hadir bersama keluarga mengakui cukup gembira menerima pikap bernilai ratusan ribu ringgit itu.

Katanya, dia dan keluarga bersyukur apabila dimaklumkan menerima Nissan Navara dan menganggap ia rezeki yang tak disangka-sangka.

"Terima kasih kepada Harian Metro dan TV9 di atas penganjuran AIS dan hadiah kemenangan ini.

"Kami sekeluarga bersyukur dan sama sekali tidak menyangka akan menerima kereta hebat ini.

"Ini adalah kenangan terindah saya kerana sebelum ini sudah banyak pertandingan seperti ini saya sertai. Alhamdulillah berjaya dan kami amat gembira," katanya pada majlis penyerahan hadiah kemenangan kepada pemenang di Balai Berita The New Straits Times Press (M) Bhd, di sini.

JUFFERI berkata, kedua-dua negara terbabit dilihat cukup serius dalam mengembang dan melahirkan pesilat bertaraf dunia. FOTO YAZIT RAZALI
JUFFERI berkata, kedua-dua negara terbabit dilihat cukup serius dalam mengembang dan melahirkan pesilat bertaraf dunia. FOTO YAZIT RAZALI

Pada 8 Januari lalu, Maisara diumumkan sebagai pemenang pengundi paling kreatif AIS Harian Metro dengan membina istana gunakan kotak lutsinar termasuk menyenaraikan setiap finalis AIS serta gambar yang cukup unik.

Dia dan keluarganya menggunakan modal sebanyak RM1,500 bagi menghasilkan gubahan kreatif itu yang mengambil masa lebih dua minggu untuk disiapkan.

"Saya dan ayah gunakan modal RM1,500 untuk siapkan. Tak sangka langsung boleh menang, sebab gubahan kreatif lain juga cantik-cantik," katanya yang sedang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Menurutnya, dia berharap penganjuran AIS ini dapat diteruskan oleh Harian Metro bagi memartabatkan lagi industri sukan tempatan.

"Bagi saya, AIS perlu dikekalkan kerana ini satu-satunya platform yang dapat mengiktiraf kecemerlangan atlet dengan cara yang lebih santai, tapi gilang-gemilang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 November 2023 @ 5:11 PM