AKSI Ivan (kiri) ketika menewaskan Aly hari ini. FOTO MOHD AMIN JALIL
AKSI Ivan (kiri) ketika menewaskan Aly hari ini. FOTO MOHD AMIN JALIL
Mohd Amin Jalil


Seremban: Empat pemain skuasy negara menewaskan lawan masing-masing pada hari pertama Kejohanan Piala Skuasy ACE Malaysia 2023 di Gelanggang Skuasy Kompleks Sukan Haji Mohd Said Seremban 2, di sini, hari ini.

Ivan Yuen Chee Wern berdepan saingan sengit Aly Hussein dari Mesir sebelum menang 11-6, 11-13, 3-11, 7-11 dan 11-5.

Pemain berusia 32 tahun itu berkata, kemenangan itu amat bermakna selepas tewas 0-3 di tangan Aly pada Kejohanan Skuasy Piala Tuanku Muhriz 2023, yang berlangsung di gelanggang sama, Ogos lalu.

"Ogos lalu, saya tewas kepadanya 0-3 dan hari ini saya dapat menebus kembali kekecewaan itu dengan kemenangan 3-2.

"Kali ini saya lebih bersedia dengan permainan agresif dan strategi unuk menyekat kepantasan Aly," katanya.

Ivan bakal berdepan cabaran lebih sengit apabila bertemu pilihan ketujuh, Dimitri Steinmann dari Switzerland, esok.

Sementara itu, Low Wee Wern menewaskan Menna Hamed dari Mesir 3-1 menerusi kemenangan 11-9, 11-2, 7-11 dan 13-11.

Dia bakal bertemu pilihan kedua kejohanan, Farida Mohamed dari Mesir, esok.

Sementara itu, Addeen Idrakiee menewaskan Yannik Omior (Sepanyol), 3-1 manakala Aira Azman menewaskan rakan senegara, J Yasshmita, 3-0.

Dua lagi pemain negara, Ainaa Amani tewas kepada Marta Dominguez Fernande dari Sepanyol, 1-3 dan Christopher Gordon tunduk kepada pemain dari Jepun, Ryunosuke Tsukue, 0-3.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 November 2023 @ 9:15 PM