NUR Suryani sertai acara 10m air rifle.
NUR Suryani sertai acara 10m air rifle.
Fabian Peter


Hangzhou: Misi Malaysia memburu 27 pingat di Sukan Asia ke-19 bermula secara rasmi hari ini.

Wushu antara sukan yang menjadi sasaran pingat akan menampilkan bekas juara dunia Wong Weng Son dan Sydney Chin.

Weng Son yang hanya menduduki tempat kesembilan pada edisi di Jakarta-Palembang yakin menaiki podium dalam disiplin changquan.

Selepas sebulan berlatih di Tianjin, China, atlet berusia 31 tahun itu berkata dia dalam keadaan terbaik untuk meraih pingat pertama Malaysia.

Manakala Sydney turut mampu menyumbang pingat untuk kontinjen negara tetapi dia perlu mempamerkan aksi lebih kemas dalam acara Taijiquan-Taijijian.

Selain wushu, Malaysia turut membuka tirai dalam acara menembak, renang dan taekwondo. Dalam acara menembak atlet Olimpik Nur Suryani Taibi dan atlet muda Alia Husna Budruddin akan menyertai acara 10 meter rifle wanita.

Perenang negara Phee Jinq En akan berusaha memperbaiki pencapaian di tempat kelima lima tahun lalu dalam acara 50m kuak dada wanita manakala dua jaguh taekwondo Jason Loo dan Nurul Hidayah Abdul Karim bakal berentap di pusingan 16 poomsae individu lelaki dan wanita.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 September 2023 @ 10:31 AM