ALCARAZ pamer aksi mantap benam Arnaldi. -FOTO Reuters
ALCARAZ pamer aksi mantap benam Arnaldi. -FOTO Reuters
Reuters

New York: Pemain nombor satu dunia, Carlos Alcaraz menewaskan Matteo Arnaldi dari Itali 6-3, 6-3, 6-4 untuk mara ke suku akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Pemain Sepanyol berusia 20 tahun itu menyertai Andre Agassi sebagai satu-satunya lelaki yang mara ke suku akhir Terbuka AS sebelum berusia 21 tahun dalam Era Terbuka (sejak 1968).

"Saya rasa saya bermain perlawanan yang sangat mantap dari awal hingga akhir," kata Alcaraz.

"Kurang kesilapan. Saya bermain permainan saya. Cuba pergi ke jaring sepanjang masa. Saya sangat gembira dengan persembahan dan saya gembira dapat melaluinya."

Alcaraz yang juga juara bertahan Terbuka AS melakukan dua ace berbanding Arnaldi empat dan Arnaldi menyelamatkan tujuh daripada 12 mata break.

Tetapi Alcaraz memenangi 38 daripada 49 mata servis pertamanya (77.6 peratus) dan 27 daripada 37 mata di jaringan (73 peratus).

"Sekarang permukaan kegemaran saya ialah gelanggang keras dan apabila saya memenangi Wimbledon saya berkata saya jatuh cinta dengan rumput," kata Alcaraz.

"Saya sangat selesa dengan tiga permukaan, tetapi sekarang gelanggang keras adalah gelanggang kegemaran saya."

Dalam aksi di suku akhir itu, Alcaraz akan berdepan sama ada pilihan ke-12 dari Jerman, Alexander Zverev atau pilihan ke-6 dari Itali, Jannik Sinner, yang dijadual awal pagi esok.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 September 2023 @ 8:49 AM