PASUKAN para negara meraikan kejayaan meraih pinga gangsa. FOTO AFP
PASUKAN para negara meraikan kejayaan meraih pinga gangsa. FOTO AFP
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Barisan pelumba para negara melakarkan kejayaan membanggakan apabila meraih gangsa dalam acara pecut berpasukan campuran B (cacat penglihatan) pada Kejohanan Dunia Trek Berbasikal Para di Glasgow semalam.

Nur Suraiya Zamri-Farina Shawati Adnan (pengemudi) dan Khairul Hazwan Wahab-Khairul Adha Rasol (pengemudi) mencatat masa 51.393 saat untuk menewaskan barisan pelumba Amerika Syarikat (AS) (51.990s) dalam penentu tempat ketiga di Velodrom Sir Chris Hoy.

Emas menjadi milik Britain yang merekodkan 49.992s untuk menewaskan Itali (51.264s) dalam perlumbaan akhir.

Bagi jurulatih para negara, Sallehuddin Mohd Noh berkata, penyertaan kali ini amat penting buat pelumba negara bagi memburu tempat ke temasya Paralimpik Paris 2024.

"Alhamdulillah. Hari terakhir bagi sukan para trek ini kita tamatkan dengan kejayaan meraih pingat gangsa.

"Catatan masa 51.393 yang mereka buat mengatasi catatan masa peribadi 52.415 yang sebelum ini dibuat pada kejohanan yang sama tahun lalu 2022 di Paris.

"Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan dan mendoakan kejayaan kami di sini dan juga kepada yang terbabit secara langsung atau tidak langsung untuk mengiringi kejayaan yang dikecapi di sini," katanya.

Untuk rekod penyertaan di kejohanan ini juga adalah kejohanan wajib untuk mengekalkan dua slot kelayakan ke Paralimpik Paris 2024 nanti.

Pasukan para negara selepas ini akan beralih untuk meneruskan penyertaan bagi acara lebuhraya yang akan berlangsung di Dumfries, Scotland esok.

Kejohanan Para dunia berjalan serentak di velodrom yang sama dengan kejohanan dunia yang sihat di Glasgow.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Ogos 2023 @ 2:20 PM