KENNETH (tengah) menerima simbolik jumlah dana yang berjaya dikumpul sepanjang penganjuran acara 'Squash-A-Thon', baru-baru ini. FOTO PSNS
KENNETH (tengah) menerima simbolik jumlah dana yang berjaya dikumpul sepanjang penganjuran acara 'Squash-A-Thon', baru-baru ini. FOTO PSNS
Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Akademi Skuasy Diraja Kelab Sungei Ujong Diraja (RSUC) dengan kerjasama Persatuan Skuasy Negeri Sembilan (PSNS), mengadakan acara skuasy tanpa henti selama 24 jam, baru-baru ini.

Tujuan penganjuran acara itu bertujuan mengumpul dana untuk bekas juara kebangsaan sebanyak enam kali, Kenneth Low, yang baru-baru ini dilaporkan mengalami kesukaran hidup.

Insiatif itu direalisikan seramai 34 pelajar, barisan jurulatih serta sokongan padu tidak berbelah bahagi daripada ibu bapa demi meringankan bebanan hidup dialami Kenneth.

Majlis perasmian acara yang dinamakan 'Squash-A-Thon' itu disempurnakan h Presiden PSNS, Tunku Zain Al-'Abidin Tuanku Muhriz.

Sebanyak RM9,000 berjaya diraih menerusi acara itu yang kemudian disampaikan sendiri Naib Presiden PSNS, Haridharan Jaya Raman kepada Kenneth.

Pernah bergelar pemain skuasy yang cemerlang dan menduduki ranking keempat di Asia dan ke-38 di dunia, Kenneth sebelum ini dilaporkan bekerja sebagai tukang cuci.

Dia juga dipercayai mengalami masalah kesihatan akibat strok yang menyebabkan masalah koordinasi dan kemahiran motor, ketidakupayaan kognitif dan gangguan ingatan jangka pendek.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Ogos 2023 @ 11:15 AM