DJOKOVIC tetap dengan keputusan untuk tidak mengambil vaksin Covid-19. FOTO Reuters
DJOKOVIC tetap dengan keputusan untuk tidak mengambil vaksin Covid-19. FOTO Reuters
Reuters

Miami: Novak Djokovic akan terlepas kejohanan Terbuka Miami minggu depan selepas pemain Serbia itu dinafikan pengecualian yang membolehkannya memasuki AS walaupun tidak diberi vaksin Covid-19 kata pengarah kejohanan James Blake.

"Kami cuba mendapatkan pengecualian untuk Djokovic tetapi itu tidak dapat berlaku," kata Blake kepada Tennis Channel.

"Kami menganjurkan satu kejohanan utama di dunia, kami ingin mempunyai pemain terbaik yang boleh beraksi. Kami melakukan semua yang kami mampu. Kami cuba bercakap dengan kerajaan, tetapi itu di luar kuasa kami."

Gabenor Florida Ron DeSantis dan dua senator AS di negara itu adalah antara yang menggesa pentadbiran Biden membenarkan pemain nombor satu dunia Djokovic memasuki AS dan bersaing di kejohanan yang dimenanginya sebanyak enam kali.

Djokovic, 35, juga terlepas acara Masters yang sedang berlangsung di Indian Wells, California kerana tidak mendapat pengecualian dari Amerika Syarikat yang melarang warga asing yang tidak divaksin daripada masuk ke negara itu, satu dasar yang dijangka ditarik balik apabila kerajaan menamatkan pengisytiharan kecemasan Covid-19 pada 11 Mei ini.

Djokovic turut terlepas Terbuka Australia tahun lalu selepas diusir dari negara itu kerana status vaksinasinya, berkata dia sanggup melepaskan Grand Slam daripada mendapat suntikan Covid.

Dia memenangi Grand Slam ke-22 di Terbuka Australia pada Januari dan tidak pernah bermain di Indian Wells atau Terbuka Miami - yang dikenali "Sunshine Double" sejak 2019.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mac 2023 @ 10:38 AM