BETERBIEV meraikan kejayaan menewaskan Yarde. FOTO AP
BETERBIEV meraikan kejayaan menewaskan Yarde. FOTO AP
Reuters

London: Juara dunia light-heavyweight yang masih belum tewas Artur Beterbiev menewaskan pertinju Britain, Anthony Yarde selepas beraksi lapan pusingan di Wembley Arena untuk mengekalkan tali pinggang WBC, IBF dan WBO.

Warga Kanada kelahiran Russia itu membuat serangan bertali arus sehingga lawan tidak dapat untuk menangkis tumbukan dan selepas kiraan pencabar memberi isyarat kepada pengadil Steve Gray untuk menghentikan pertarungan.

Beterbiev yang berpangkalan di Montreal, 38, pada satu ketika ketinggalan skor dua dari tiga hakim namun bangkit meraih kemenangan mengatasi pertinju underdog menjadikan rekod profesionalnya kepada 19-0-0.

Yarde, 31, kini meraih 23 kemenangan dengan tiga kekalahan dan tiada seri.

"Dia memberikan satu pertarungan terbaik dalam perlawanan paling sukar yang pernah dia alami," kata promoter Yarde, George Warren.

"Saya melihat kad skor. Ia adalah perlawanan hebat. Anthony bermula dengan sangat baik. Dia menunjukkan bahawa dia boleh mencederakan lawan."

Kedua-dua pertinju itu mengalami luka di muka ketika mereka bertukar pukulan dengan laju sejak loceng pembukaan dibunyikan dengan Yarde di bawah mata kanannya dan Beterbiev ke kelopak mata kirinya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 January 2023 @ 12:59 PM