SONNY Bill bersama isterinya dan anak-anak mereka. FOTO Instagram sonnybillwilliams
SONNY Bill bersama isterinya dan anak-anak mereka. FOTO Instagram sonnybillwilliams
Agensi

London: Sonny Bill Williams mengakui keputusan isterinya, Alana menutup aurat dengan bertudung adalah detik paling manis dalam hidupnya.

Bekas bintang ragbi berusia 37 tahun itu menjalani kehidupan lebih bahagia dan bermakna selepas memeluk agama Islam berbanding ketika zaman mudanya yang gemar berfoya-foya dengan wanita.

Dia bertemu Alana Raffie di kedai runcit pada 2013 dan pasangan itu berkahwin hanya empat minggu kemudian selepas dia menjadi Muslim dan Sonny berkata isterinya sentiasa mahu dia menjadi suami terbaik.

Kelmarin, bekas legenda All Blacks itu berkongsi foto Alana yang sudah bertudung dengan dikelilingi anak-anak mereka.

"Isteriku sudah berhijab!' katanya kepada 914,000 pengikut di media sosial. "Alhamdullilah isteri saya buat keputusan memakai tudung, antara detik paling manis dan membanggakan dalam kehidupan saya.

"Apa yang menjadikan ia lebih istimewa ialah dia melakukannya semata-mata kerana Allah SWT dan bukan kerana orang lain. Semoga isteriku sentiasa dirahmati, diberi kesihatan yang baik dan kegembiraan."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Ogos 2022 @ 10:09 PM