MEDVEDEV pada sidang media menjelang  di ATP Cincinnati Masters. -FOTO AFP
MEDVEDEV pada sidang media menjelang di ATP Cincinnati Masters. -FOTO AFP
AFP

Cincinnati: Pemain nombor satu dunia, Daniil Medvedev berkata dia tidak mempunyai pilihan selain membalas ejekkan kepada penonton tenis yang mengejeknya selepas kekalahan kepada Nick Kyrgios di Montreal, minggu lalu.

Video kejadian itu disiarkan di media sosial.

Medvedev berkata dia bersedia untuk bermula sebagai pilihan utama di ATP Cincinnati Masters, enggan mengulas lanjut mengenai apa yang dia katakan kepada penonton muda yang mengejeknya 'kalah'.

Tetapi dia berkata dia terpaksa bertindak apabila penghinaan itu datang daripada orang yang berdiri bersama sekumpulan peminat di pintu masuk ke bilik persalinan.

"Saya kecewa selepas tewas dalam perlawanan (tiga seti kepada Kyrgios)," kata Medvedev. "Tapi apabila seseorang mengejek saya, saya akan membalas.

"Adalah tidak baik untuk membiarkan orang menjerit perkara buruk kepada saya dan terus berjalan.

"Saya akan tanya apa masalah dia."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Ogos 2022 @ 11:19 AM