AKSI Izzah dalam acara gelung. FOTO AFP
AKSI Izzah dalam acara gelung. FOTO AFP
Daripada Amirullah Andi Nur


Birmingham: Harapan untuk melihat atlet gimrama, Izzah Amzan kembali bangkit tidak kesampaian apabila dia gagal memenangi sebarang pingat bagi acara gelung pada Sukan Komanwel 2022 di sini, sebentar tadi.

Dalam saingan final di Arena Birmingham itu, dia hanya mampu menduduki tangga ketujuh daripada lapan peserta selepas memperoleh

25.800 mata.

Disiplin ini dimenangi atlet Wales, Gemma Natasha Frizelle dengan himpunan 28.700 mata manakala perak milik wakil Cyprus, Anna Sokolova (28.300) dan gangsa oleh peserta Kanada, Carmel Kallemaa (28.200).

Semalam, Izzah terlepas pingat gangsa apabila dipintas disaat akhir untuk berpuas hati di tempat keempat bagi acara all-around individu.

Sebelum itu, juga dia terpaksa berpuas hati di tempat keempat bagi acara berpasukan yang dilangsungkan pada hari pertama.

Pada temasya di Gold Coast, Australia empat tahun lalu, Izzah berjaya membawa pulang pingat perak menerusi acara berpasukan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Ogos 2022 @ 6:14 PM