UMAR melepaskan tendangan padu ke arah Nate Maness. FOTO Agensi
UMAR melepaskan tendangan padu ke arah Nate Maness. FOTO Agensi
Agensi

London: Sepupu Khabib Nurmagomedov, Umar melebarkan rekod 15 pertarungan tanpa kalah menerusi kemenangan bergaya di UFC Vegas 57, semalam.

Umar menepati status nama keluarganya selepas mudah menewaskan Nate Maness menerusi keputusan majoriti dalam pertarungan tiga pusingan dan jaguh Rusia berusia 26 tahun itu kini belum tewas dalam kategori bantamweight sepanjang kariernya.

Pertarungan itu turut disaksikan Khabib di luar gelanggang sekaligus melonjakkan semangat Umar yang menguasai sepenuhnya dua pusingan pertama dengan menjatuhkan Nate menerusi tumbukan dan penggunaan siku yang padu.

Pada pusingan ketiga Umar meledak tendangan fantastik yang membuatkan lawannya dari Amerika Syarikat itu rebah ke lantai.

Dalam sidang media selepas tamat pertarungan, dia berkata mahu menentang lawan dalam kelompok 10 teratas selepas ini yang pantas menarik perhatian juara bantamweight, Aljamain Sterling yang menulis dalam Twitternya: "Saya akan tunggu kawan."

Bekas juara bantamweight, Henry Cejudo turut memuji kemenangan Umar: "Khabib bukan jenaka, kita jumpa Umar Nurmagomedov".

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Jun 2022 @ 12:32 PM