POGACAR  (tengah) pelumba pilihan juarai Tour de France.
POGACAR (tengah) pelumba pilihan juarai Tour de France.
AFP

Paris: Tadej Pogacar akan memulakan misi mempertahankan gelaran ketiga berturut-turut Tour de France minggu ini bersama empat rakan sepasukan yang membantunya meraih jersi kuning tahun lalu.

Pelumba Slovenia itu disenaraikan oleh UAE Team Emirates untuk perlumbaan bermula di Copenhagen pada Jumaat ini manakala pelumba Switzerland, Marc Hirschi gagal mendapat tempat tetapi pakar mendaki Poland, Rafal Majka, Mikkel Bjerg, Brandon McNulty dan Vegard Stake Laengen bakal memperkuatkan cabaran pasukan.

"Kami bekerja keras tahun ini bagi menghadapi perlumbaan," kata Pogacar, 23.

"Setakat ini, 2022 adalah tahun yang positif buat pasukan dan kami berharap dapat meneruskan momentum."

Pogacar pelumba pilihan Jelajah selepas satu lagi musim menarik yang menyaksikan dia menjuarai Strade Bianche dan dua peringkat perlumbaan.

Sementara itu, pelumba Britain, Mark Cavendish dan jaguh Perancis, Julian Alaphilippe kedua-duanya tidak disenaraikan oleh pasukan Quick-Step.

Juara dunia berganda lebuh raya, Alaphilippe hanya kembali bertanding Ahad lalu, dua bulan selepas mengalami kecederaan ketika menyertai perlumbaan Liege-Bastogne-Liege di Belgium dan tempatnya akan digantikan pelumba pecut Belanda, Fabio Jakobsen yang menjuarai 10 perlumbaan tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Jun 2022 @ 7:53 AM