NADAL akui kehadiran Federer banyak membantu meningkatkan tahap permainannya. FOTO Reuters
NADAL akui kehadiran Federer banyak membantu meningkatkan tahap permainannya. FOTO Reuters
Reuters

London: Rafael Nadal kembali ke Wimbledon buat kali pertama selepas tiga tahun namun dia berasa sedikit janggal kerana tanpa kehadiran seteru lama, Roger Federer.

Persaingan epik mereka termasuk tiga perlawanan akhir Wimbledon berturut-turut dari 2006 dengan dua yang pertama dimenangi oleh Federer dan 2008 milik Nadal dengan gaya yang tidak dapat dilupakan.

Federer bermain dalam sejak peringkat junior di Wimbledon pada 1998 dan kembali setiap tahun sejak itu, memenangi rekod lapan gelaran dan mengukuhkan dirinya sebagai raja gelanggang rumput.

Tetapi pemain berusia 40 tahun itu tidak akan hadir tahun ini, manakala Nadal yang berusia 36 tahun berusaha untuk meneruskan usahanya untuk saingan Grand Slam, selepas memenangi Terbuka Australia dan Terbuka Perancis untuk mencatat rekod ke-22 kejuaraan utama.

Ketiadaan Federer kerana kecederaan lutut yang menyebabkannya terpaksa berehat selama setahun sekali gus saingan Wimbledon sedikit sunyi.

Nadal mengakui bahawa tanpa pemain kelahiran Switzerland itu pencapaiannya sendiri mungkin tidak dapat dicapai seperti sekarang.

"Maksud saya, kami berkongsi banyak perkara penting bersama-sama. Pada satu ketika ia sangat sukar untuk memikirkan mengenai sukan tenis bagi 15, 20 tahun lalu tanpa menyelitkan mengenai perseteruan kami.

"Saya fikir dalam beberapa cara kami sentiasa membantu antara satu sama lain," kata Nadal.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Jun 2022 @ 11:00 AM