NADAL mengakui sakit pada bahagian kakinya akur dengan kekalahan di Terbuka Itali. -FOTO AFP
NADAL mengakui sakit pada bahagian kakinya akur dengan kekalahan di Terbuka Itali. -FOTO AFP
AFP

Rome: Juara bertahan Rafael Nadal tewas pada pusingan ketiga Terbuka Itali dengan juara 10 kali di Rome itu mengadu mengalami masalah pada kakinya selepas tewas mengejut 1-6, 7-5, 6-2 kepada pemain Kanada, Denis Shapovalov.

Kekalahan di Rome untuk 'Raja Tanah Liat' Nadal menimbulkan keraguan penyertaan di Terbuka Perancis yang menyaksikan dia dinobatkan sebagai juara sebanyak 13 kali namun bakal berdepan ancaman bintang muda yang mencetuskan fenomena, Carlos Alcaraz.

Pemain berusia 35 tahun itu sekurang-kurangnya melangkah hingga ke suku akhir sejak menyertai pertandingan di Rome pada 2008, tidak beraksi selama enam minggu kerana kecederaan rusuk sebelum kembali menyertai kejohanan di Madrid minggu lalu.

Nadal dilihat mula berdepan masalah di set kedua dan kemudian memberi tahu pemberita bahawa kakinya sakit mula sakit di set berkenaan dan tidak dapat memastikan sama ada dia akan mengambil bahagian di Roland Garros.

"Saya tidak cedera, saya seorang pemain yang hidup dengan kecederaan. Itu saja," kata Nadal.

"Malangnya ia sesuatu yang tidak diingini dan hari demi hari saya menjadi sukar. Saya berusaha keras tapi sudah tentu ia sukar bagi saya. Banyak hari saya tak boleh berlatih.

"Saya tidak mahu mengambil apa-apa dari Denis..hari ini adalah untuknya yang sudah melakukan yang terbaik olehnya."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mei 2022 @ 9:55 AM