DJOKOVIC meraikan kemenangannya. FOTO Reuters
DJOKOVIC meraikan kemenangannya. FOTO Reuters
AFP

Rom: Keserasian Novak Djokovic dengan Rom diteruskan apabila juara lima kali itu meraih kemenangan ke-60 di Terbuka Itali selepas menewaskan Aslan Karatsev 6-3, 6-2, hari ini.

Ons Jabeur pula mara ke pusingan kedua selepas meraih kemenangan straight set ke atas Sorana Cirstea 6-0, 7-6 (7/1).

Bagaimanapun juara Terbuka Amerika Syarikat (AS), Emma Raducanu terpaksa bersara di pusingan pertama menentang Bianca Andreescu kerana masih bergelut dengan kecederaan belakang yang dialaminya di Madrid minggu lalu.

Pemain nombor satu dunia, Djokovic tidak pernah tewas kurang dari aksi suku akhir pada kejohanan itu.

"Dia seorang pemain yang mempunyai pukulan kuat serta kemas ketika beraksi.

"Anda tidak boleh menjangkakannya. Jika dia beraksi dengan baik, dia boleh menjadi lawan yang sangat berbahaya kerana sering memberi tekanan kepada lawannya.

"Ia adalah kemenangan straight set menentang lawan yang berkualiti," kata Djokovic mengenai Karatsev yang menduduki ranking ke-35 dunia.

Djokovic, yang sudah 369 minggu di ranking pertama dunia, mesti mencapai sekurang-kurangnya ke separuh akhir di Rom untuk mengekalkan kedudukan itu dan mengelak daripada dipintas oleh Daniil Medvedev.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mei 2022 @ 9:24 AM