LIA ketika di Liga Ivy Wanita Februari lalu. -FOTO AFP
LIA ketika di Liga Ivy Wanita Februari lalu. -FOTO AFP
AFP

Washington: Perenang transgender, Lia Thomas tidak mengendahkan penunjuk perasaan ketika dia melakarkan kemenangan bersejarah dalam acara gaya bebas 500 ela (457.2 meter) di Kejohanan Kolej AS di Atlanta dalam pencapaian yang penuh kontroversi.

Perenang dari Universiti Pennsylvania itu menjadi perenang transgender pertama yang memenangi gelaran Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) selepas menamatkan aksi dengan catatan 4 minit 33.24 saat, kurang satu setengah saat mengatasi Emma Weyant dari Virginia yang mencatatkan 4:34.99s.

Erica Sullivan, pemenang pingat perak dalam acara 1,500m di Olimpik Tokyo tahun lalu, ketiga 4:35.92.

Lia mendominasi acara renang wanita Kolej AS sebagai seorang pelajar di Penn, beberapa tahun selepas dia bertanding sebagai seorang lelaki.

Kesnya itu mencetuskan beberapa pendapat termasuk rakan pasukan yang mengatakan bahawa dia mempunyai kelebihan fisiologi dan tidak adil.

Dia harus dihalang untuk bertanding manakala ada segelintir yang berpendapat dia perlu dibenarkan bersaing secara bebas sebagai seorang wanita.

Sebelum pertandingan berlangsung, sebilangan kecil penunjuk perasaan berkumpul di luar venue untuk berdemonstrasi menentang penyertaan Lia dan mengibarkan sepanduk bertulis "Sokong Keadilan dalam Sukan Untuk Wanita dan Perempuan' dan 'Berdiri untuk Wanita'.

Bercakap selepas kejayaannya, Lia berkata, dia cuba untuk meredakan kontroversi yang menyelubungi dan menang.

"Saya cuba mengabaikan semampu yang saya boleh, saya cuba fokus kepada renangan saya. Apa yang perlu saya lakukan adalah bersedia untuk perlumbaan dan cuba menghalang segala yang mengganggu saya."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Mac 2022 @ 1:13 PM