DJOKOVIC sudah berada dalam senarai undian Indian Wells. FOTO Agensi
DJOKOVIC sudah berada dalam senarai undian Indian Wells. FOTO Agensi
Reuters

Indian Wells: Penganjur Indian Wells berkata, pemain nombor dunia, Novak Djokovic berada dalam senarai undian kejohanan itu namun ia masih belum jelas sama ada pemain kelahiran Serbia itu dibenarkan memasuki Amerika Syarikat (AS).

Juara Grand Slam sebanyak 20 kali itu enggan mendapatkan vaksin Covid-19 dan sebelum ini berkata, dia bersedia untuk terlepas beraksi di kejohanan berkenaan.

"Nama Djokovic berada dalam senarai pemain untuk kejohanan ini dan jadi dia diletakkan dalam undian. Kami sentiasa berhubung dengan pasukannya.

"Bagaimanapun, ia belum dapat dipastikan sama ada dia akan menyertai kejohanan ini dengan mendapatkan kelulusan CDC (Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS) untuk memasuki negara ini," kata penganjur.

Laman web CDC pada 3 Mac menunjukkan bahawa bukan warganegara AS yang bukan pendatang mesti menunjukkan bukti vaksinasi terhadap Covid-19 untuk melakukan perjalanan melalui udara.

Djokovic tidak dapat bertanding di Terbuka Australia selepas pihak imigresen menahannya pada 6 Januari, menyebabkan menyebabkan pembatalan visa ke negara berkenaan pada akhir bulan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Mac 2022 @ 2:36 PM