MEDVEDEV berjaya mengetepikan cabaran daripada Tsitsipas. FOTO EPA
MEDVEDEV berjaya mengetepikan cabaran daripada Tsitsipas. FOTO EPA
AFP

Melbourne: Daniil Medvedev berjaya memenangi perlawanan separuh akhir Terbuka Australia selepas menumpaskan Stefanos Tsitsipas sebentar tadi.

Dia akan berdepan Rafael Nadal dalam perlawanan akhir, Ahad ini tatkala lawannya itu memburu untuk menjadi pemenang Grand Slam terbanyak sepanjang zaman.

Medvedev yang juga pemain nombor dua dunia menumpaskan Tsitsipas 7-6 (7/5), 4-6, 6-4, 6-1 untuk mara kali kedua berturut-turut di perlawanan akhir Terbuka Australia.

Sebelum itu, Nadal yang berusia 35 tahun berjaya menumpaskan pilihan ketujuh dari Itali, Matteo Berrettini 6-3, 6-2, 3-6, 6-3.

"Saya akan berdepan salah seorang pemain paling hebat dan sedang memburu kejuaraan Grand Slam kali ke-21.

"Saya sudah bersedia, saya tahu Rafa adalah seorang pemain yang kuat dan saya perlu menunjukkan permainan terbaik untuk memenangi aksi berkenaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 January 2022 @ 9:27 PM