AZIZUL bersama set barangan bayi yang diterimanya. FOTO Instagram azizulhasniawang
AZIZUL bersama set barangan bayi yang diterimanya. FOTO Instagram azizulhasniawang
Hamdan Saaid


Kuala Lumpur: Beberapa hari lalu jaguh berbasikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang ada berkongsi mengenai bungkusan besar hampir sama tinggi dengan pintu rumahnya di Melbourne, Australia dalam laman sosial Instagram dan Facebook.

Dia juga memberi peluang kepada peminat dan pengikutnya untuk meneka apa barangan yang diterimanya dari Malaysia dalam bungkusan besar berwarna hitam itu dan hari ini ternyata telahan beberapa peminat tepat sekali.

"Alhamdulillah syukur. Terima kasih kepada Chicco @chiccomalaysia dan Recaro @recarokidsmalaysia kerana menaja pelbagai barang keperluan untuk baby yang bakal lahir tak lama lagi.

"Fuhhhh, lengkap tu dari stroller, baby crib, cradle, high chair dan macam-macam lagi. Insya-Allah nanti baby dah lahir, saya akan review satu persatu barangan ni ya. Tak sabarnyeee and we are so excited," tulisnya dalam perkongsian terbaharu di laman sosial.

"Terima kasih juga kepada semua yang memberikan jawapan untuk kuiz saya tempoh hari. I like your energy guys. Ramai yang jawab betul dan surprisingly siap ada yang tepat tu.

"Jadi dalam ramai-ramai tu saya terpaksa pilih dua yang bertuah dari Instagram dan dua dari FB fanpage saya. Mohon maaf ye tak leh ramai-ramai. Insya-Allah di lain waktu saya buat lagi kuiz ye. Kepada pemenang sila DM dan team saya akan uruskan hadiah kemenangan anda. Terima kasih semua."

Azizul, 34, dan isterinya Datin Athiah Ilyana Abd Samat dijangka menerima kehadiran cahaya mata baharu dalam kehidupan mereka tidak lama lagi.

Pasangan itu yang berkahwin pada 30 Januari 2010 kini memiliki dua anak perempuan Amna Maryam, 9, dan Amna Khadeeja, 6.

Empat peminat bertuah yang meneka dengan tepat adalah syazwan1088 dan fayyadhriza (Instagram) serta Asnawi Tioh dan Izzari Izni (Facebook).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 January 2022 @ 9:53 PM