Novak Djokovic. FOTO EPA
Novak Djokovic. FOTO EPA
AFP

Dubai: Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic dilaporkan akan menyertai Kejohanan Tenis ATP Dubai bulan depan menurut beberapa laporan.

Ia selepas percubaan pemain itu mencipta rekod kejuaraan ke-21 Grand Slam tidak kesampaian susulan isu pembatalan visa di Australia.

Senarai penyertaan rahsia berkenaan didedahkan oleh wartawan tenis di media sosial dan beberapa agensi menunjukkan Djokovic dinamakan sebagai pilihan utama bagi acara pada 21-26 Februari depan.

Sensasi Serbia berusia 34 tahun itu gagal dalam persaingan undang-undang untuk kekal di Australia dan mempertahankan mahkota Terbuka Australia bulan ini dalam kontroversi Covid-19 yang menjadi tumpuan di seluruh dunia.

Aksi Djokovic dalam saingan seterusnya bagaikan belum pasti sejak meninggalkan Melbourne dan pulang ke Belgrade.

Djokovic, yang berkongsi rekod memenangi kejuaraan utama 20 kali bersama Rafael Nadal dan Roger Federer, kini berdepan tersingkir daripada percubaan beraksi di Perancis, Roland Garros yang melarang mereka yang tidak mendapatkan vaksin memasuki negara itu dan New York bagi Terbuka Amerika Syarikat juga begitu tegas mengenai sekatan itu.

Pengambilan vaksin Covid-19 tidak diwajibkan untuk memasuki Emiriah Arab Bersatu (UAE) dimana 100 peratus penduduknya sekurang-kurangnya memperoleh satu suntikan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 January 2022 @ 11:03 PM