JOSHUA dan Usyk dijangka berentap lagi.
JOSHUA dan Usyk dijangka berentap lagi.
AFP

London: Anthony Joshua berkata "saya kuasai dan kawal masa depan saya" ketika dia menegaskan laporan mendakwa dia bersetuju menerima £15 juta (RM84.64 juta) untuk menarik diri daripada menentang Oleksandr Usyk adalah palsu.

Beberapa media UK melaporkan jaguh Britain itu bersetuju menarik diri bagi membolehkan petinju Ukraine, Usyk menentang Tyson Fury bagi merebut gelaran heavyweight dunia.

Tetapi Joshua dalam Twitternya berkata: "Anda tahu apa yang gila mengenai kesemua temu ramah ini?

"Saya dapati ada antaranya yang memetik kata-kata saya dan saya berfikir 'saya tidak ditemuramah pun."

Jaguh berusia 32 tahun itu menambah lagi: "Saya dengar orang berkata: 'AJ terima £15 juta untuk menarik diri. Saya tak tandatangani kontrak malah tidak melihat pun kontrak itu.

"Jadi, berhentilah mendengar semua yang karut sehinggalah ia datang dari mulut saya sendiri. Saya yang kawal dan tentukan masa depan dan saya lelaki yang mengawal urusan saya."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 January 2022 @ 12:26 PM