Ian Woosnam. FOTO Agensi
Ian Woosnam. FOTO Agensi
Reuters

London: Juara Masters 1991, Ian Woosnam berkata sudah tiba masa buat dirinya menjadi pemerhati berbanding peserta dalam kejohanan di Augusta.

"Saya fikir sudah agak lama dan sukar untuk beraksi pada Masters sekali lagi pada tahun ini dan masa hadapan. Sebaliknya sudah tiba masa buat saya melihat pemain muda beraksi," umum pemain golf berusia 63 tahun itu di media sosial.

"Jadi saya akan berehat dan menikmati kenangan bersama Augusta sejak sekian lama, terima kasih atas segalanya Augusta."

Gelaran Masters 1991 adalah salah satu daripada dua kejayaan Jelajah PGA yang dimenangi pemain Wales berkenaan pada tahun itu. Ia adalah dua kejuaraan yang di jelajah itu. Dia memenangi 46 lagi kejayaan antarabangsa.

Kali terakhir dia beraksi di Masters pada 2019 namun gagal menamatkan aksi untuk kali ke-12 berturut-turut.

Pada 1991, Woosnam melakukan 11-bawah 277 untuk kemenangan menerusi satu pukulan ke atas Jose Maria Olazabal dari Sepanyol. kemenangan itu membolehkan dia menerima AS$243,000 (RM1.01 juta).

Woosnam diiktiraf menerusi 'World Golf Hall of Fame' pada 2017.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 January 2022 @ 10:23 AM