NOVAK Djokovic masih mencetuskan tanda tanya. FOTO AFP
NOVAK Djokovic masih mencetuskan tanda tanya. FOTO AFP
Agensi

Melbourne: Bos Terbuka Australia, Craig Tiley berkata masa semakin suntuk untuk Novak Djokovic sebelum tanda tanya mengenai penampilannya di Melbourne Park akan diketahui beberapa hari lagi.

Pemain nombor satu dunia itu terus enggan mendedahkan sama ada dia sudah mengambil suntikan vaksin Covid-19, syarat yang perlu dipenuhi untuk bekerja di Victoria.

Tetapi terdapat spekulasi Djokovic boleh memohon pengecualian perubatan untuk beraksi ketika dia mahu memecah rekod dengan mengintai gelaran Grand Slam ke-21.

Djokovic menarik diri dalam skuad Serbia di Piala ATP minggu lalu sekali gus meneruskan tanda tanya berhubung penampilannya.

"Kami masih mempunyai beberapa penerbangan khas sehingga hujung minggu ini dan kemudian semua pemain sudah berada di sini.

"Mengenai status Novak, saya rasa kita akan mendapat situasi lebih jelas dalam tempoh beberapa hari lagi. Jika tidak, sudah agak lewat untuk muncul dan beraksi di Terbuka Australia," kata Tiley kepada Nine Network.

Tenis Australia bulan lalu mendedahkan protokal vaksinasi Covid-19 untuk Terbuka Ausralia termasuk proses untuk pemain mendapatkan pengecualian perubatan.

Seteru utama Djokovic, Rafael Nadal yang berkongsi 20 gelaran Grand Slam bersama-samanya serta Roger Federer, sudah tiba di Melbourne selepas pulih daripada jangkitan Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 January 2022 @ 1:07 PM