LEYLAH mengakui dia sudah banyak mempamerkan peningkatan untuk meneruskan perjuangan musim depan. FOTO EPA
LEYLAH mengakui dia sudah banyak mempamerkan peningkatan untuk meneruskan perjuangan musim depan. FOTO EPA
Agensi

New York: Bintang tenis remaja, Leylah Fernandez mengakui tidak dapat melupakan lagi kekalahan final Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas tumpas kepada Emma Raducanu.

Leylah, 19, tumpas 4-6, 3-6 kepada Emma dalam perlawanan akhir Grand Slam pertamanya.

"Saya masih belum boleh terima kekalahan itu namun saya belajar apa yang boleh saya sampaikan kepada semua bahawa saya boleh berdepan pemain hebat," kata Leylah.

Leylah yang menghuni tangga ke-24 dunia mengakui dia sudah banyak mempamerkan peningkatan untuk meneruskan perjuangan musim depan.

"Saya perlu mempertingkatkan keseluruhan permainan saya. Memperbaiki pukulan forehand, servis dan voli. Hanya dua atau tiga peratus untuk menjadi seperti pemain di kelompok 10 terbaik dunia.

"Seterusnya kelompok lima terbaik dunia dan satu hari nombor satu dunia seterusnya memenangi Grand Slam.

"Bagaimanapun, buat masa sekarang saya masih lagi kecewa. Saya rasa kekalahan berkenaan bakal memberi kesan dalam tempoh lama. Saya juga rasa ia akan memberikan motivasi buat saya berlatih dengan lebih baik.

"Bagaimanapun, saya masih belum gembira dengan diri saya sendiri, dengan cara saya bersaing dan bermain. Saya bukan saja akan mempertingkatkan cara permainan tapi juga dari segi emosi dan mental," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Disember 2021 @ 12:46 PM