Sensasi tenis Britain, Emma Raducanu. FOTO AFP
Sensasi tenis Britain, Emma Raducanu. FOTO AFP
Agensi

London: Pemain nombor satu Britain, Emma Raducanu dinamakan sebagai pemain baharu terbaik tahunan oleh Persatuan Tenis Wanita (WTA).

Pemain berusia 19 tahun itu mengejutkan arena tenis pada 2021 dengan memenangi Terbuka Amerika Syarikat (AS) sekali gus menjadi pemain kelayakan pertama memenangi kejuaraan Grand Slam.

Kejayaannya tiba dua bulan selepas dia melakukan penampilan di kejohanan utama dan menjadi pemain wanita muda Britain pertama mara ke kelompok 16 terakhir di Wimbledon.

Dia menamatkan saingan musim ini dengan menduduki ranking ke-19 dunia selepas bermula dengan angka 343.

Pemain nombor satu dunia, Ashleigh Barty dari Australia dinobatkan pemain terbaik tahunan WTA buat kali kedua selepas memenangi lima gelaran jelajah WTA pada 2021 termasuk Wimbledon.

Pasangan Republik Czech, Barbora Krejcikova dan Katerina Siniakova dinamakan beregu terbaik selepas memenangi pingat emas Olimpik dan trofi ketiga Grand Slam di Roland Garros.

Krejcikova turut disenarai antara pemain paling meningkat sementara Carla Suarez Navarro dari Sepanyol dianugerahkan khas pemain yang membuat kemunculan semula.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Disember 2021 @ 1:03 PM