epaselect epa09568044 Novak Djokovic of Serbia reacts during his semi final match against Hubert Hurkacz of Poland at the Rolex Paris Masters tennis tournament in Paris, France, 06 November 2021.  EPA/CHRISTOPHE PETIT TESSON
epaselect epa09568044 Novak Djokovic of Serbia reacts during his semi final match against Hubert Hurkacz of Poland at the Rolex Paris Masters tennis tournament in Paris, France, 06 November 2021. EPA/CHRISTOPHE PETIT TESSON
AFP

Paris: Novak Djokovic memperoleh sedikit saguhati selepas usahanya untuk menyapu bersih gelaran Grand Slam tahun ini tidak kesampaian apabila dinobatkan sebagai pemain nombor satu dunia buat kali ketujuh, semalam.

Pemain Serbia berusia 34 tahun itu menyertai pemegang rekod enam kali Pete Sampras selepas dia menewaskan pemain Poland, Poland Hubert Hurkacz 3-6, 6-0, 7-6 (7/5) untuk mara ke final Paris Masters.

Djokovic berehat selama tujuh minggu selepas impiannya untuk menyapu bersih gelaran Grand Slam tidak kesampaian apabila tewas kepada Daniil Medvedev di final Terbuka AS September lalu.

Bagaimana juara 20 Grand Slam itu berkata, faktor utama dia kembali minggu ini adalah untuk mengekalkan kedudukan nombor satu dan memecahkan rekod.

"Ia adalah impian saya untuk menyamai rekod Pete ketika saya masih muda," kata Djokovic.

"Untuk sampai ke tahap ini ia bukannya kejayaan saya seorang tapi pasukan juga, ia adalah satu yang indah dapat berada di kedudukan ini.

"Saya sangat berbangga dapat menamatkan saingan sebagai pemain nombor satu dan sungguh menarik dapat melakukannya. Ia satu perlawanan yang sengit tapi sekarang ini saya sangat gembira."

Djokovic mengakui puas apabila berjaya menidakkan kedudukan Medvedev untuk bergelar pemain nombor satu, walaupun pemain Rusia itu mengakui peluangnya untuk menumbangkan pemain Serbia itu tipis.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 November 2021 @ 12:32 PM