EMMA Raducanu. FOTO AFP
EMMA Raducanu. FOTO AFP
Agensi

London: Emma Raducanu dinasihatkan untuk kekal bersama seorang jurulatih sepanjang kempen tahun depan dan berhenti daripada memecat dan menukar jurulatih jika dia mahu meraih kejayaan berpanjangan.

Bintang berusia 18 tahun itu ketika ini berada di Romania iaitu tempat kelahiran bapanya di mana dia akan beraksi di Terbuka Transylvania.

Ini adalah kejohanan kali kedua dia turun beraksi selepas meraih kemenangan di Terbuka Amerika Syarikat (AS) dekat New York pada penampilan pertamanya.

Emma sudah mencuba menggunakan khidmat Esteban Carril namun jurulatih Sepanyol itu adalah jurulatih keempat yang digunakannya dalam tempoh empat bulan.

Bekas pemain nombor satu British, Greg Rusedski berkata, sensasi terbaru tenis itu seharusnya mendapatkan jurulatih dalam tempoh yang lama.

"Esteban melakukan tugas dengan baik ketika bersama Jo Konta sehingga membantu pemain itu menduduki kelompok 10 terbaik dunia.

"Harap dia sesuai dengan Emma. Tapi dia juga perlu konsisten untuk meraih lebih banyak kejayaan selepas memenangi Terbuka AS," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Oktober 2021 @ 12:58 PM