PAUL (kanan) ketika bertemu Pacquiao. FOTO Agensi
PAUL (kanan) ketika bertemu Pacquiao. FOTO Agensi
Agensi

Los Angeles: Logan Paul mengakui bahawa dia bernasib baik berdepan Floyd Mayweather berbanding Manny Pacquiao.

Sensasi YouTube itu selamat mengharungi lapan pusingan perlawanan ketika bertemu Mayweather, Jun lalu.

Bagaimanapun dia berasakan tidak akan meraih keputusan sama jika bertemu Pacquiao.

Jurulatih tinju Paul yang juga seorang legenda, Freddie Roach memberitahu Betway Insider US blog: "Kami gembira dengan Logan apabila dia mengunjungi kami. Nampaknya dia seorang yang baik.

"Selepas menyaksikan sesi latihan Manny, dia mengakui bertuah bertemu Floyd berbanding Manny. Saya rasa Logan sudah melakukan tugas yang baik ketika bertemu Floyd."

Roach juga adalah jurulatih Pacquiao sejak sekian lama.

Pacquiao, 42, dijangka akan kembali ke gelanggang minggu depan untuk bertemu Yordenis Ugas meskipun dilihat sudah berusia.

Bagaimanapun Paul memberitahu ESNews dia berasakan bintang tinju Filipina itu masih berada di tahap terbaik selepas melihat sesi latihannya.

"Dia bukan saja sedang berada di puncak tetapi sangat hebat. Dia tidak seperti seorang yang berusia 42 tahun," katanya.

Selepas kunjungan Paul, Pacquiao menulis di media sosial: "Satu penghargaan apabila Logan Paul hadir ke Wild Card Boxing. Selepas menyaksikan sesi latihan saya, dia berkata lebih bertuah bertemu Mayweather berbanding saya."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Ogos 2021 @ 1:10 PM