Saiful Affendy Sapran


Sepang: Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo, Datuk Mohd Azizulhasni Awang menerima sambutan wira sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Turut diraikan adalah seorang lagi jaguh trek berbasikal negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan penerjun negara, Pandelela Rinong.

Mereka bertiga adalah kumpulan atlet terakhir yang pulang selepas beraksi di Olimpik Tokyo.

Kesemua mereka mendarat jam 5.20 petang dengan penerbangan MH071 dari Tokyo.

Turut tiba dalam penerbangan yang sama adalah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Mereka disambut oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk M Noor Azman Taib dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Ahmad Faedzal Md Ramli.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Ogos 2021 @ 7:22 PM
Azizulhasni Awang bergambar bersama pingat perak yang dimenanginya dalam acara keirin lelaki Sukan Olimpik ketika tiba di KLIA. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Azizulhasni Awang bergambar bersama pingat perak yang dimenanginya dalam acara keirin lelaki Sukan Olimpik ketika tiba di KLIA. FOTO Mohd Fadli Hamzah