Atlet Kenya, Emmanuel Korir (dua kiri) serta rakan senegaranya Ferguson Rotich (kanan) meraikan kemenangan 1-2 dalam acara 800m lelaki akhir di Sukan Olimpik Tokyo. FOTO EPA
Atlet Kenya, Emmanuel Korir (dua kiri) serta rakan senegaranya Ferguson Rotich (kanan) meraikan kemenangan 1-2 dalam acara 800m lelaki akhir di Sukan Olimpik Tokyo. FOTO EPA
AFP

Tokyo: Atlet Kenya, Emmanuel Korir memenangi acara 800 meter (m) lelaki di Sukan Olimpik sebentar tadi, ketika rakan senegaranya, Ferguson Rotich merangkul pingat perak dalam acara sama.

Korir mencatat satu minit 45.06 saat dengan Rotich menamatkan saingan 1:45.23 manakala atlet Poland, Patryk Dobek merangkul gangsa 1:45.39.

Korir mengekalkan penguasaan jaguh Kenya dan dua kali juara David Rudisha yang tidak dapat mempertahankan kejuaraannya berikutan kecederaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Ogos 2021 @ 9:47 PM