ACARA 110 meter lari berpagar yang berlangsung di Stadium Olimpik Tokyo. FOTO AFP
ACARA 110 meter lari berpagar yang berlangsung di Stadium Olimpik Tokyo. FOTO AFP
Agensi

Tokyo: Gempa bumi melanda pantai Tokyo menyebabkan gegarannya dirasai oleh atlet yang beraksi di Olimpik.

Gempa bumi bermagnitud pada 6.0 skala Richter itu berlaku di lautan sebelah Timur Tokyo sekitar jam 5.30 pagi waktu tempatan.

Atlet dan wartawan yang berada di ibu negara sedang menganjurkan temasya berkenaan merasai gegarannya selama tiga minit.

Wartawan CNN, Will Ripley menerusi Twitter berkata: "Gempa bumi di Tokyo sekarang. Saya merasai gegarannya selama 30 saat. Masih berterusan.

Seorang lagi wartawan berkata, terdapat gegaran kecil selama tiga minit.

Sementara itu wartawan Australia, Mark Beretta sedang bersiaran langsung ketika berlakunya gempa bumi berkenaan.

Ketika berdiri di atas menara penyiaran di luar Stadium Olimpik, dia berkata: "Selamat kembali ke bandar Olimpik di mana kami ketika ini merasai gempa bumi.

"Bumbung di atas kami sedang bergerak dan anda mungkin perasan lampu dan kamera juga sedang bergerak."

Pihak berkuasa bagaimanapun berkata, tiada sebarang risiko untuk berlakunya Tsunami atau tragedi lebih teruk akibat gempa bumi itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Ogos 2021 @ 10:37 AM