OBERHOLZER sedia untuk mempamerkan gerakan memukau menjelang acara papa selaju park Khamis ini. FOTO Agensi
OBERHOLZER sedia untuk mempamerkan gerakan memukau menjelang acara papa selaju park Khamis ini. FOTO Agensi
Agensi

Tokyo: Pada usia 46 tahun, atlet papan selaju kedua tertua di Olimpik Tokyo berharap dia tidak kena serangan jantung dan beraksi dengan penuh keriangan menjelang saingan disiplin park Khamis ini.

Ia bukan satu masalah buat Dallas Oberholzer kerana keseronokan bermain papan selaju adalah satu pekerjaan buatnya.

"Saya tidak mempunyai kerja tetap. Saya tidak pernah memohon kerja. Sepanjang hidup saya adalah hanya bermain papan selaju. Saya memang terpikat dengan sukan ini," katanya.

Tatkala atlet lain yang masih muda mempunyai nama besar dan penaja, gerakan luar biasa dan ramai pengikut di Instagram, Oberholzer dari Afrika Selatan tenang dengan imej jambang beruban.

Oberholzer dijangka tidak mampu menumpaskan atlet muda dalam acara berkenaan.

Bagaimanapun, Oberholzer mempunyai kisah menarik hidup merantau dengan papan selajunya.

Jika sukan papan selaju boleh dianggap sebagai punk rock , imej yang mengganggu dan tidak serius, maka Oberholzer boleh disamakan dengan penyanyi, Iggy Pop, kelihatan liar serta usang, lebih suka banyak bercakap.

Dia pernah bekerja sebagai pemandu pengangkutan di konsert, iaitu membawa penari Janet Jackson.

Dia juga suka untuk bercerita mengenai pengalaman mengembara dari Kanada sehingga ke Argentina selepas menamatkan pengajian di universiti dalam bidang pemasaran, di mana ia tidak pun digunakan dalam kehidupannya.

Oberholzer menganggap aksinya di Olimpik lebih kepada mencari pengalaman dan maskot kepada atlet papan selaju yang sudah berusia, mewakili Generasi X berdepan Gens Y dan Z.

"Saya tidak akan menang. Bukannya mahu mendapatkan pingat tapi saya adalah atlet terbaik di Afrika, yang beraksi di Olimpik," katanya.

Atlet papan selaju tertua di Olimpik ialah Rune Glifberg atau dikenali sebagai

Danish Destroyer yang juga berusia 46 tahun tapi tua lapan bulan daripada Oberholzer.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Ogos 2021 @ 11:10 AM