PELARI Jamaica, Elaine Thompson-Herah menang pingat emas 100m wanita di Tokyo 2020, hari ini. FOTO EPA
PELARI Jamaica, Elaine Thompson-Herah menang pingat emas 100m wanita di Tokyo 2020, hari ini. FOTO EPA
AFP

Tokyo: Pelari Jamaica, Elaine Thompson-Herah mempertahankan gelaran acara 100 meter (m) wanita di Tokyo 2020, hari ini selepas mencapai kemenangan dengan masa kedua terpantas dalam sejarah.

Thompson-Herah mencatat masa 10.61 saat di Stadium Olimpik Tokyo, manakala juara dunia dua kali, Shelly-Ann Fraser-Pryce menang perak dengan 10.74s dan Shericka Jackson menang gangsa dengan 10.76s.

Ia adalah kemenangan 1, 2 dan 3 buat pelari Jamaica itu.

Catatan Thompson-Herah yang memecahkan rekod Sukan Olimpik itu adalah yang kedua terpantas dalam sejarah selepas 10.61s pernah dilakukan mendiang Florence Griffith-Joyner.

Hanya Griffith-Joyner yang juga juara Sukan Olimpik 1988 berlari lebih pantas dan mencipta rekod dunia dengan catatan 10.49s.

Sebelum perlumbaan, tumpuan lebih terarah kepada Fraser-Pryce, yang masih menjadi wanita terpantas di dunia dalam acara itu pada tahun ini, sebelum perlumbaan final berlangsung.

Pelari berusia 34 tahun itu mahu menjadi pelari wanita paling tua menang pingat emas 100m Sukan Olimpik dan wanota pertama menang tiga pingat emas individu di acara trek dan padang.

Bagaimanapun, ketika perlumbaan sebenar, Thompson-Herah yang juga pemenang emas di Rio 2016, mengekalkan gelarannya.

"Saya sangat seronok apabila kembali semula dan mengekalkan gelaran. Jantung saya cedera, saya sangat gembira," kata Thompson-Herah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Julai 2021 @ 9:18 PM