ARIARNE bersama pingat emasnya. FOTO AFP
ARIARNE bersama pingat emasnya. FOTO AFP
AFP

Tokyo: Ariarne Titmus mengakui dia keletihan selepas menewaskan legenda Amerika Syarikat, Katie Ledecky untuk meraih emas acara 200 meter gaya bebas di Sukan Olimpik pagi ini.

Perenang Australia itu memperbaharui rekod Olimpik dengan catatan 1 minit 53.50 saat manakala juara bertahan, Katie di tempat kelima. Perenang Hong Kong, Siobhan Haughey meraih perak (1:53.92s) dan wakil Kanada, Penny Oleksiak ketiga (1:54.70s).

Sebelum ini Ariarne turut merampas gelaran Katie dalam acara 400m kelmarin dan sekali lagi membuktikan kehandalannya dalam acara renang jarak dekat.

Dia masih lagi ada dua acara iaitu 800m gaya bebas dan 4x200m berganti-ganti di Pusat Akuatik Tokyo.

"Badan rasa sangat letih, memang mencabar,'' kata Ariarne. "Jujurnya, ini bukan masanya untuk saya bertanding pagi ini. Tetapi ini adalah Olimpik, jadi saya gembira dengan kemenangan ini.''

Jaguh Australia itu mencatat masa kedua terpantas dalam sejarah 200m bulan lalu (1:53.09s) di belakang rekod dunia milik Federica Pellegrini (1:52.98s) yang dilakukan pada 2009.

"Selepas menang acara 400m, ia memberi saya keyakinan bersaing dalam 200m," kata Ariarne. "Tetapi setiap perlumbaan berbeza. Anda mungkin berenang dengan baik dalam satu acara dan tidak bagus dalam satu lagi, jadi saya tidak boleh terlalu yakin.''

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Julai 2021 @ 11:15 AM