AKSI menarik Gobert mendapatkan mata untuk Perancis. FOTO AFP
AKSI menarik Gobert mendapatkan mata untuk Perancis. FOTO AFP
Agensi

Saitama: Rekod 25 kemenangan pasukan bola keranjang Amerika Syarikat (AS) di Sukan Olimpik lebur selepas tewas mengejut 76-83 kepada Perancis dalam aksi pembukaan di Tokyo semalam.

Evan Fournier menghasilkan 28 mata untuk Perancis bagi memalukan AS yang merangkul emas dalam tiga temasya lalu tewas kali pertama sejak 2004.

Pada suku ketiga permainan menyaksikan Perancis jauh meninggalkan barisan bintang Gregg Popovich 25-11 dengan Rudy Gobert mencipta 14 mata dan sembilan rebound.

Ia permulaan mengecewakan buat AS yang sebelum ini bergelut dalam persiapan mereka menjelang temasya apabila tewas kepada Nigeria dan Australia dalam aksi persahabatan.

Jurulatih AS, Popovich tampak kurang senang dengan pertanyaan media mengenai kekalahan pasukannya. Pasukannya tewas lima daripada lapan perlawanan sejak dia menjadi jurulatih pada 2019.

"Terkejut tidak sama sekali ," kata jurulatih AS, kata jurulatih Gregg Popovich. "Apabila anda tewas, anda tidak terkejut. Anda mungkin kecewa tetapi saya tidak faham perkataan terkejut. Jika kami tewas dengan perbezaan 30 mata mungkin ya.''

Bintang Perancis, Fournier pula tidak mahu pasukannya berpuas hati dengan permainan mereka.

"Saya perlu mengetuai pasukan ini kerana saya amat kenali mereka,'' kata Fournier said. "Ia kemenangan menakjubkan, negara kami sudah tentu bangga. Tetapi ia hanyalah satu perlawanan, secara jujurnya.''

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Julai 2021 @ 7:31 AM